Pages

Sunday, February 27, 2011

kiSah ciNta Adam dan Hawa

"Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam kerana ketika itu, Adam kesunyian dan Allah S.W.T menurunkan teman buat Adam dan ianya diciptakan daripada tulang rusuk Adam"

~Latar belakang Adam A.s
      Sempurna sebagai manusia baru dan merupakan jenis makhluk manusia yang pertama...Wajahnya cukup cantik...semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan...Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ke tujuh...Sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

~Latar belakang Hawa
      Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam...dan bukan dari kepalanya untuk dijunjung...dan bukan juga dari kakinya untuk dijadikan pengalas...melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup...Dekat pada lengannya untuk dilindungi...juga dekat pada hati untuk dicintai.

Adam Sepi...

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri? Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam A.S di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. 

Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan... bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. 

Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam dirasakannya sebagai derita batin yang tegak disebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam A.S malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam A.S malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam A.S.

Hawa Diciptakan...

Tatkala Adam A.S sudah berada dipuncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.

Adam A.S tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam A.S dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam A.S tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam A.S, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam A.S yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

No comments:

Post a Comment